About the role
JAWATAN KOSONG: FULL-TIME LIVE HOST (WORK FROM OFFICE)
📍 Lokasi: Kuantan
Kami sedang mencari Live Host sepenuh masa yang berdisiplin, bertanggungjawab dan boleh memberikan komitmen terhadap jadual Live yang ditetapkan.
SKOP KERJA — LIVE HOST SAHAJA
Jawatan ini 100% fokus kepada tugas sebagai Live Host.
Mengendalikan sesi Live TikTok/Shopee mengikut jadual.
Menerangkan dan mempromosikan produk dengan jelas dan menarik.
Berinteraksi dengan viewers serta membantu meningkatkan jualan semasa Live.
Membuat persediaan sebelum Live dan memastikan ruang Live sentiasa kemas selepas digunakan.
Mengikuti SOP dan jadual Live yang telah ditetapkan.
Anda TIDAK perlu:
Membalas WhatsApp customer.
Menjadi admin atau customer service.
Edit video atau content.
Membuat content selepas sesi Live.
Packing order atau menguruskan stok.
Duduk di pejabat sepanjang hari selepas sesi Live selesai.
SELEPAS LIVE, MASA ANDA ADALAH MILIK ANDA
Anda hanya perlu hadir mengikut jadual sesi Live yang telah ditetapkan.
Selepas sesi Live selesai dan tiada lagi sesi yang dijadualkan, anda bebas untuk pulang, keluar atau menguruskan urusan peribadi sendiri.
Kami menilai berdasarkan disiplin, komitmen dan prestasi semasa Live, bukan berapa lama anda duduk di pejabat.
WAKTU & JADUAL KERJA
Wajib bersedia bekerja pada Jumaat, Sabtu & Ahad.
Hari cuti mingguan adalah pada hari weekdays, mengikut jadual yang diberikan.
Calon perlu bersedia untuk bekerja sesi malam 8.00 malam – 11.00 malam apabila dijadualkan.
Sesi malam bukan setiap hari. Jadual akan disusun dan diberikan lebih awal.
Oleh kerana jadual Live telah diberikan, calon perlu memastikan boleh hadir tepat pada waktunya.
KRITERIA YANG KAMI CARI
Sangat menepati masa dan mempunyai disiplin kehadiran yang baik.
Tidak mempunyai masalah cuti atau ketidakhadiran yang kerap sehingga mengganggu jadual Live.
Mempunyai kenderaan/pengangkutan sendiri yang reliable untuk datang bekerja.
Boleh menguruskan urusan pengangkutan sendiri tanpa menjejaskan waktu kerja.
Calon bujan atau berkahwin dialu-alukan, dengan syarat boleh menguruskan komitmen peribadi dan keluarga tanpa menjejaskan jadual kerja yang telah dipersetujui.
Seorang yang pembersih, kemas dan menjaga kebersihan ruang Live serta pejabat.
Bertanggungjawab terhadap peralatan dan kemudahan syarikat.
Boleh menerima arahan dan teguran berkaitan kerja.
Berkeyakinan bercakap di hadapan kamera dan mempunyai personaliti yang sesuai sebagai Live Host.
PENTING SEBELUM MEMOHON
Jawatan ini memberikan fleksibiliti yang tinggi di luar waktu Live. Anda tidak dibebankan dengan tugas admin, membalas WhatsApp customer, packing atau editing content.
Tugas utama anda hanyalah menjadi Live Host.
Sebagai pertukaran kepada fleksibiliti tersebut, kami sangat mementingkan disiplin, ketepatan masa, kebersihan dan komitmen terhadap jadual.
Sekiranya anda telah dijadualkan untuk sesuatu sesi Live, anda perlu hadir dan bersedia tepat pada waktunya. Urusan peribadi, keluarga dan pengangkutan perlu diuruskan supaya tidak menjejaskan sesi Live.
Kami mencari calon yang serius untuk bekerja, konsisten dan boleh diharapkan oleh team.
Jenis Jawatan: Full-Time
Jawatan: Live Host Sahaja
Tempat Kerja: Work From Office (WFO)
Lokasi: Kuantan
Calon yang berminat boleh menghantar resume serta pengalaman sebagai Live Host sekiranya ada.
Millions of jobs, with real people getting hired every day
Questions, answered
Click "Apply with JobAssist" – we tailor your resume and application to this role and submit it for your approval.
Yes. This role at Private Advertiser was screened before publishing – we confirmed the employer before listing it.
The employer didn't disclose a salary range for this listing. JobAssist shows pay whenever it's available.
This position can be done from anywhere, with no in-office requirement.
Yes – every application is tailored from your profile and this job's requirements, and you can review and edit before it's sent.
